Monday 3 December 2012

Subjek@Mata Pelajaran


1.      IQRA
2.      Bahasa Arab
3.      Bahasa Jawi
4.      Tauhid
5.      Feqah
6.      Hafazan
7.      Akhlak
8.      Solat
9.      Imlak
10.  Sirah
11.  Tajwid

Thursday 29 November 2012

Pakej dan Kaedah Bayaran

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej-pakej menarik dan kemudahan serta perkhidmatan lain yang disediakan, hubungi kami untuk penerangan dan perbincangan lanjut......

Gambar Sekolah














Wednesday 28 November 2012

Pelan Lokasi

Waktu Operasi Sekolah/Transit


Waktu beroperasi SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL IQRA adalah seperti berikut:

1)     Kelas Kanak-Kanak (KAFA dan Kelas Mengaji Al-Qur’an Extra Teknik Al-Baghdadi)

1.1                 Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA)

-          Isnin – Jumaat                  : 7.30 – 10.30 Pagi
: 2.30 – 5.30 Petang

1.2  Kelas Mengaji Al-Qur’an Extra Teknik Al-Baghdadi

-    Isnin – Jumaat                  : 10.30 – 11.30 Pagi
                                                                  : 5.30 – 6.30 Petang


2)     Kelas Al-Qur’an Teknik Al-Baghdadi

2.1       Dewasa

-          Isnin, Rabu & Jumaat      : 8.30 – 10.30 Malam
-          Sabtu                                : 9.00 – 11.00 Pagi

2.2       Kanak-Kanak

-     Isnin – Jumaat                  : 10.30 – 11.30 Pagi
                                                                  :  5.30 – 6.30 Petang
-          Sabtu                                :  9.00 – 11.00 Pagi

3)     Transit (Caj OT akan dikenakan sekiranya melebihi 7.00 malam dengan kadar RM 4/jam)

-          Isnin – Jumaat                  : 7.00 Pagi – 7.00 Malam




 




Iklan 2013






Kelebihan - TEKNIK AL-BAGHDADI


Mempelajari Asas Al-Quran dengan menggunakan Teknik Al-Baghdadi mempunyai kelainannya tersendiri. Kelas dan kelab teknik Al-Baghdadi diwujudkan adalah untuk
memberi peluang kepada orang ramai mempelajari teknik ini dengan lebih berkesan
lagi. Terdapat 10 sebab mengapa kita perlu mempelajari asas al-Quran dengan teknik
 Al-Baghdadi :

1.MUDAH
Teknik Al-Baghdadi merupakan 1 teknik mempelajari asas al-Quran yang sangat mudah. Dengan menggunakan
pendekatan SAS (Struktur, Analisis dan Sintesis) kita akan dapat menyebut dan menguasai 336 bunyi dengan baik dan tepat. Seterusnya dapat membaca Al-Quran dengan baik.

2.PADAT
Untuk seseorang itu dapat membaca Al-Quran dengan sebutan makhraj yang betul, teknik ini hanya memerlukan 1 buah buku yang ringkas tetapi padat. Hanya terdapat 22 muka surat sahaja dalam buku Tamhid (asas) sudah cukup untuk mempelajari asas Al-Quran.

3.MENARIK
Teknik ini sangat menarik kerana di dalam mempelajarinya, kita akan menggunakan kombinasi pancaindera penglihatan, pendengaran, pertuturan dan kinestetik (pergerakan) dengan menggunakan beberapa peralatan seperti alat ketuk, kad imbasan dan permainan ‘Playtime’ yang tidak terdapat dalam kaedah-kaedah yang lain. Pembelajaran akan lebih menyeronokkan.

4.CEPAT
Oleh kerana bilangan mukasuratnya yang sedikit, secara lojiknya jika mempelajari teknik ini sebanyak 1 muka surat selama 1 hari, maka ia hanya memerlukan 22 hari sahaja untuk membolehkan seseorang itu dapat membaca al-Quran. Jika 1 muka surat dapat dikuasai hanya dengan 1 jam, maka ia hanya memerlukan 22 jam (kurang dari sehari) sahaja untuk dapat membaca al-Quran.

5.SESUAIKaedah TERBAIK ialah kaedah yang paling sesuai dengan seseorang itu. Ternyata dan terbukti Teknik Al-Baghdadi sesuai untuk semua golongan tanpa mengira perbezaan umur mahupun tahap pembacaan al-Quran seseorang. Bagi mereka yang masih belum tahu membaca al-Quran, inilah pilihannya untuk mempelajari asas Al-Quran. Bagi mereka yang telah mahir al-Quran inilah teknik yang boleh digunakan untuk membantu orang lain mempelajari asas al-Quran.

6.TERBUKTI
Teknik Al-Baghdadi telah 3 tahun digunakan di Malaysia, ia telah membantu lebih 100,000 umat Islam membaca Al-Quran dengan lebih sempurna iaitu dengan bacaan secara ‘Tartil’. Kini masyarakat telah menerima teknik ini sebagai pilihan terbaik dan terkini. Banyak testimoni yang telah diperolehi mengenai kelebihan teknik ini.

7. YURAN BERPATUTAN
Yuran untuk menyertai kelab Al-Baghdadi amat berpatutan. Dengan kadar bayaran serendah RM25.00 untuk 1 sesi pembelajaran selama 2 jam, ia sangat berbaloi. Tidak ada yang lebih berharga di dalam kehidupan seorang Muslim selain dapat membaca al-Quran dengan baik seperti apa yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w.

8. MENGAKTIFKAN MINDA
Manusia dianugerahkan oleh Allah dengan akal fikiran (minda) melalui otak. Otak kiri dan otak kanan mempunyi tugas dan fungsinya tersendiri. Melalui penggunaan alat ketuk dalam teknik Al-Baghdadi , minda kiri dan kanan akan terangsang secara fisiologinya kerana hasil kombinasi pergerakan tangan (pergerakan kanan dan kiri) yang diiringi dengan menyebut bunyi-bunyi 29 makhraj huruf hijaiyah . Proses pembelajaran menjadi lebih seronok dan kita akan dapat memberikan fokus ketika belajar.

9. PILIHAN SESI
Program Kelab Al-Baghdadi diadakan di seluruh Al-Baghdadi Training Centre (ATC) dan Al-Baghdadi Learning Centre(ALC) yang terdapat di negeri dan daerah di Malaysia. Peserta boleh memilih sesi yang sesuai dengan pilihan mereka. Ada sesi pagi, sesi petang, sesi malam dan sesi hujung minggu.

10. PILIHAN LOKASI
Kini teknik ini boleh dipelajari di pusat-pusat pembelajaran al-Quran ATC dan ALC di seluruh negara

Pengambilan baru untuk sesi Januari 2013 telah dibuka. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami.........Segera

Pengenalan - TEKNIK AL-BAGHDADI

Pengenalan Teknik Al-Baghdadi.


Teknik Al-Baghdadi adalah satu lagi teknik baru yang diolah bagi memudahkan setiap lapisan masyarakat mempelajari ASAS al-Quran. Set Buku Teknik Al-Baghdadi menggunakan sistem struktur, analisis dan sintesis (S.A.S.), padat dan ringkas serta kreatif melalui penemuan alat bantu mengajar (ABM) yang dinamakan sebagai ALAT KETUK. Alat Ketuk ini dipercayai boleh menarik minat anak-anak amnya untuk belajar Al-Quran dengan cara yang lebih menyeronokkan serta merangsang kreativiti.

Objektif: 
Memperkenalkan teknik yang MUDAH, MENARIK dan BERKESAN dalam mempelajari asas - asas membaca Al Quran dengan Teknik 'Al Baghdadi.

 Siapa perlu hadir ?

 + INDIVIDU yang ingin mempelajari teknik mudah dan berkesan mengajar asas Al Quran.
+ IBUBAPA yang ingin mengajar sendiri anak membaca Al Quran.
+ ANDA yang masih belum mahir membaca Al Quran.
+ GURU - GURU yang ingin & sedang mengendalikan kelas Al Quran.
+ SEMUA yang berminat dengan teknik yang lebih MUDAH, BERKESAN dan HEBAT belajar membaca Al Quran.

Kelebihan - SRI DARUL IQRA



Mengapa SRI DARUL IQRA? Kami Menyediakan:

ü  Kelas Selesa Dan Berhawa Dingin
ü  Yuran Berpatutan
ü  Guru Berpengalaman dan Berkelayakan
ü  Sukatan Pelajaran Mengikut Silibus JAIS
ü  Maksimum 25 Pelajar Sahaja Satu Kelas
ü  Jarak berhampiran dengan sekolah kebangsaan seksyen 7
ü  Jimat perbelanjaan pengangkutan
ü  Kelas Mengaji Extra Menggunakan TEKNIK AL-BAGHDADI
ü  KEMUDAHAN TRANSIT Disediakan

Tuesday 27 November 2012

Pengenalan - SRI DARUL IQRA


SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL IQRA telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan beroperasi sepenuhnya pada 2009.

SRI Darul Iqra ditubuhkan bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat untuk mendapatkan pendidikan  fardu ain kepada kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun.

SRI Darul Iqra juga merupakan sekolah rendah islam pertama yang dibina di kawasan rumah kedai di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor.

SRI Darul Iqra telah melalui liku-liku perjuangan untuk memberikan pendidikan islam terbaik kepada masyarakat setempat dan kini terdapat lebih 120 orang murid yang berdaftar dan mendapat pendidikan yang di sini.

SRI Darul Iqra dikendalikan oleh 6 orang guru berpengalaman dan dibantu oleh seorang (1) orang pentadbir dan 3 orang kakitangan transit bagi menjamin pengurusan sekolah berada dalam keadaan baik dan teratur.

Dengan moto " KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI BERAKHLAK DAN BERILMU " pelbagai penambahbaikan dilakukan termasuk memperkenalkan kelas mengaji al-qur'an extra menggunakan TEKNIK AL-BAGHDADI bagi menjamin dan memastikan anak-anak yang dihantar mendapat pendidikan al-qur'an yang lebih baik, sistematik dan tersusun.