Tuesday 27 November 2012

Pengenalan - SRI DARUL IQRA


SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL IQRA telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan beroperasi sepenuhnya pada 2009.

SRI Darul Iqra ditubuhkan bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat untuk mendapatkan pendidikan  fardu ain kepada kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun.

SRI Darul Iqra juga merupakan sekolah rendah islam pertama yang dibina di kawasan rumah kedai di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor.

SRI Darul Iqra telah melalui liku-liku perjuangan untuk memberikan pendidikan islam terbaik kepada masyarakat setempat dan kini terdapat lebih 120 orang murid yang berdaftar dan mendapat pendidikan yang di sini.

SRI Darul Iqra dikendalikan oleh 6 orang guru berpengalaman dan dibantu oleh seorang (1) orang pentadbir dan 3 orang kakitangan transit bagi menjamin pengurusan sekolah berada dalam keadaan baik dan teratur.

Dengan moto " KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI BERAKHLAK DAN BERILMU " pelbagai penambahbaikan dilakukan termasuk memperkenalkan kelas mengaji al-qur'an extra menggunakan TEKNIK AL-BAGHDADI bagi menjamin dan memastikan anak-anak yang dihantar mendapat pendidikan al-qur'an yang lebih baik, sistematik dan tersusun.

No comments:

Post a Comment